Sekian lama tidak menulis. Tiba-tiba hati ini merindui. Namun selepas membaca peringatan dari pensyarah di dewan kuliah terasa benarnya kealpaan diri. Saya kongsikan tutorial bersama pensyarah hari ini.
RAUDHAH
Penuh sesak selepas solat Asar. Kebiasaannya ... inilah waktu paling mudah mengambil tempat di sini. Masuklah ke Raudhah dengan ilmu. Jika ada yang bertanya, kenapa mahu ke Raudhah? ... maka jawablah dengan yakin,
Tidak bolehkah saya berdoa di tempat yang Baginda SAW pernah berdoa?
Tidak bolehkah saya solat di tempat yang Baginda SAW pernah solat?
Tidak bolehkah saya membaca al-Quran di tempat Baginda SAW pernah menyampaikan wahyunya?
Tempat-tempat lain di bina selepas Rasululullah wafat!
Fahamilah betapa begitu banyak hadis yang mengaitkan dengan doa mustajab ... 1/3 hujung malam tersisa. Ia boleh dilakukan di Raudhah, Masjidil Haram, London, Paris dan Kuala Lumpur. Bangun malam di sini dan bawa pulang ke rumah. Raudhah akan ditinggalkan.
Berpuasalah ... doa mereka yang berpuasa dimakbul Allah. Ia amalan bukan bergantung kepada tempat. Rebutlah peluang berpuasa sunat Isnin dan Khamis di sini dan rasailah nikmat berbuka puasa di dalam masjid Nabawi. Berdoalah. Bawa pulang amalan ini.
Masukilah taman syurga di sini. Namun ia tidak boleh ikut sama naik kapalterbang ke kampung halaman apabila kita pulang. Bawalah ilmu betapa taman syurga boleh dibina di rumah sendiri. Zahirkannya dengan mengadakan majlis ilmu buat anak-anak dan isteri di rumah. Lakukan setiap malam dalam 10-20 minit.
InsyaAllah, itulah sebahagian daripada pengertian rindu Madinah.
Dipetik dari:
Recent Comments