Sempena menyambut Maulidur Rasul kali ini saya bawakan terjemahan ayat 56 dari Surah Al Ahzab sebagai renungan.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
via iQuran
Sesungguhnya kita sentiasa berselawat ke atas Nabi saw tanpa kita sedari iaitu pada setiap waktu kita bersolat. Tapi alangkah lebih baik jika kita dapat berselawat juga di luar solat?
Kecintaan kita kepada Nabi Muhammad saw dapat kita tunjukkan dengan kita mengamalkan sunnahnya. Sudahkah kita amalkan? Sama-sama kita berusaha untuk istiqamah dengan sunnah Nabi saw sekalipun ia cuma membaca bismllah ketika hendak mula makan.
Kerinduan terhadap manusia agung ini semakin kuat dan saya berharap dan berdoa agar dapat dipertemukan dengan beliau dihari akhir nanti.
Mohammad Hasni Ibrahim
Sent from my mobile device
Recent Comments