Petang tadi terlihat suatu keadaan yang mengguris perasaan. Ia berlaku di Masjid Abu Bakar Bangsar selepas solat Asar. Benarlah kata seorang ustaz untuk mencari orang baik pergilah ke masjid tetapi belum tentu semua yang ke masjid adalah baik.
Seorang OKU yang berkerusi roda menahan teksi yang keluar dari masjid mungkin kerana dia ingin pergi ke suatu tempat. Malangnya teksi-teksi yang dipandu oleh hamba-hamba Allah yang baru sahaja selesai bersolat Asar tidak memperdulikan OKU ini. Tidak ada yang berhenti walau sekadar bertanya ke mana arah tujunya.
Alangkah pelik sikap manusia. Di mana letaknya hati mereka? Adakah kerana dia seorang OKU maka dia tidak berhak diberi perkhidmatan yang serupa dengan orang lain?
Mungkin mereka terlupa bahawa Allah telah berfirman dalam Surah Luqman ayat 18 yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri".
Semoga kita dipelihara dari melakukan kesombongan terhadap insan lain apatah lagi dengan Allah Yang Maha Esa.
Nota: Bingkisan ini dikarang pada hari Selasa 24 Januari 2012.

Recent Comments