Foto ini diambil pada 28hb Disember 2011 selepas keluar dari tol Bangi. Ia satu yang mengejutkan kerana kesemua roda kereta ini telah dibawa pergi.
Kedudukan kereta yang diletakkan sekitar 200 meter dari plaza tol membuat ia bertambah pelik. Apakah perbuatan mengambil tayar ini tidak dilihat oleh mana-mana jurutol bertugas? Di mana penguatkuasa PLUS yang membuat rondaan?
Masyarakat kita semakin tidak prihatin agaknya sehingga tidak memperdulikan kejadian seperti ini. Jika dilihat dengan teliti, kenderaan di hadapan pula mengalami masalah tayar tetapi tidak pula hilang walau sebuah pun.
Marilah kita sama-sama mengambil berat tentang orang lain bukan menjaga tepi kain orang pada yang bukan tempatnya.
Mohammad Hasni Ibrahim
Recent Comments