Tahniah kepada Skuad Negeri Sembilan!!!
Hobin Jang Hobin!!
Kali ketiga berturut-turut pasukan Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan ini adalah kemenangan kedua selepas tewas musim yang lalu. Semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh pemain yang bangkit dari ketinggalan 0-1 selepas separuh masa kedua berlangsung. Akhirnya berjaya mengatasi Terengganu dengan 2 gol.
Antara perkara yang boleh dipelajari dari permainan bolasepak ialah semangat berpasukan dan kesungguhan. Dalam pekerjaan kita perlukan semangat berpasukan untuk menjadikan satu usaha itu mudah. Malah apabila semua ahli pasukan bersungguh-sungguh maka sudah tentu kejayaan akan menjelma. Kita tidak boleh bertindak sendirian kerana setiap pemain mempunyai kebolehan masing-masing. Gabungan kemahiran dan pengalaman semua ahli pasukan mampu membawa kejayaan.
Sebagai penutup coretan kali ini, kerjasama dan kesungguhan satu formula kejayaan.
Tahniah Kepada pasukan Negeri Sembilan
Mohammad Hasni Ibrahim
Sent from my mobile

Recent Comments