Bulan Ramadan pada kebiasaannya masjid dan surau akan dipenuhi oleh jemaah. Ramai orang ingin merebut peluang menambah ibadah pada bulan mulia ini. Namun begitu ada sesuatu yang menarik perhatian saya ketika berada di masjid.
Masjid dipenuhi jemaah di bahagian belakang masjid sedangkan bahagian hadapan agak lapang sebelum solat bermula. Apabila iqamat dilaungkan barulah jemaah mula bergerak tetapi lebih ramai yang menyuruh orang lain maju ke hadapan.
Di manakah silapnya? Lebih ramai ingin bersolat di saf belakang berbanding saf yang hadapan.
Mungkin kerana umumnya kita telah diprogramkan sejak kecil supaya bersolat di belakang. Apa tidaknya, di kebanyakan masjid telah ditentukan saf kanak- kanak adalah di belakang. Dan apabila sudah dewasa pun mereka akan tetap ingat solat perlu saf belakang.
Apabila kanak-kanak bersolat dalam saf mereka sahaja maka solat mereka lebih kepada main-main. Ramai yang menganggu rakan dalam saf kerana tidak ada bimbingan orang dewasa. Mungkin sudsh tiba masanya kita mengubah paradigma supaya tidak menganggap kanak-kanak ini mengganggu solat.
Pengalaman yang saya lalui ialah apabila kanak-kanak disuruh solat dalam saf yang sama dengan orang dewasa terutama diselang selikan dalam saf maka mereka akan berusaha untuk sempurnakan solat. Tidak ada yang bising berlari-lari ketika jemaah bersolat. Bukankah latihan di usia muda itu penting?
Semoga usaha untuk menjadikan mereka memenuhkan saf hadapan apabila mereka dewasa akan berjaya dan masjid- masjid akan penuh di bahagian hadapan sewaktu solat hendak dimulakan.
Insyaallah.

Semalam saya pegi solat isyak dan terawih di masjid membawa anak perempuan saya berumur 7 tahun yang telah pandai solat. Bila sampai saya masuk saf baris keempat bersama-sama dengan saf wanita dewasa. Bila selesai solat Isyak, seorang makcik menegur saya yang anak saya tidak boleh solat di sini bersama-sama dengan mereka alasannya anak saya belum cukup umur dan akan terputus saf. Dia marah-marah dan menyuruh saya dan anak ke belakang atau terus keluar. Tapi saya pindah ke saf kedua dan anak saya diletakkan di sebelah kanan saya, sebelah anak tiada orang lain lagi. Soalan saya : 1. Apakah hukum terputus saf? 2. Adakah anak saya tidak boleh solat bersama-sama orang dewasa? Kalau letak anak di belakang saya bimbang penculikan dan keselamatannya serta takut dia akan bermain dengan kanak-kanak lain ketika solat.
Posted by: Account Deleted | 08/13/2011 at 08:23 AM
Puan Sabariah, terima kasih atas perkongsian pengalaman puan. Berkenaan dengan soalan yang puan ajukan, saya juga masih dalam mencari ilmu. Namun begitu berdasarkan keterangan yang saya jumpai di blog Dr Asri (http://drmaza.com/home/?page_id=71) dan juga Fiqh Sunnah (http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/03/087-saf-di-dalam-solat-kedudukan.html). Saya memilih kedua-dua artikel kerana ia lebih bersifat objektif dan mempunyai dalil yang kuat seperti di Fiqh Sunnah. Semoga dengan maklumat yang disampaikan dapat memberi kefahaman kepada saya dan puan. Wallahualam.
Posted by: M. Hasni | 08/13/2011 at 05:41 PM