Sejak daripada beberapa minggu ini saya menerima berita perjalanan terakhir sanak saudara dan rakan taulan. Malah saban hari kita dikhabarkan dengan berita pemergian insan yang dijemput pulang menemui Penciptanya.
Sesungguhanya itulah bukti akan hadirnya hari yang akhir dan kedatangannya yang tanpa khabar berita.
Apa yang lebih utama ialah kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut lalu menjadikan kita lebih berusaha untuk bersedia. Namun akal dan ilmu kita yang secebis ini tidak mampu melihat jauh lalu kita longlai dalam meningkatkan usaha itu.
Sebagai tambahan kepada tulisan kali ini saya kongsikan hasil puisi dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang saya petik dari buku tulisan beliau bertajuk Di mana Dia di hatiku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pesanku
Marilah kita hidup
Seperti orang yang menanti mati
Kerana ingat mati itu
Akan mengecilkan segala derita
Akan mencairkan segala alpa
Kiranya inilah detik terakhir
Marilah kita mulakan semula
Walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma...
Namun itu lebih bermakna!"
Percayalah...
Orang yang berhak hidup dalam ketenangan
Adalah orang yang sentiasa bersedia menghadapi kematian!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Marilah kita menjadi insan yang berfikir.
Mohammad Hasni Ibrahim

Recent Comments