Tahniah Harimau Muda yang telah memperlihatkan semangat juang yang sangat tinggi.
Sekalipun beberapa kali percubaan di depan gol tidak disempurnakan dengan baik tetapi akhirnya kita berjaya mengekalkan pingat emas buat kali kedua berturut-turut.
Barisan pemain yang tidak patah semangat ketika Sang Garuda mendahului dengan gol awal akibat dari kelekaan pemain pertahanan membuktikan mereka adalah pasukan yang hebat.
Bukan sahaja dari segi fizikal pasukan kali ini dilihat lebih cergas daripada biasa malah kekuatan mental mereka juga terserlah. Ia terbukti apabila mereka tidak goyah ketika beraksi di hadapan penonton yang rata-rata ialah penyokong tuan rumah.
Ucapan terima kasih buat semua rakyat Malaysia yang memberikan sokongan padu sepanjang pertandingan yang berlangsung.
Tahniah Harimau Muda!!
Majulah Sukan Untuk Negara.
*gambar ikhsan dari mstar.com.my
Recent Comments