Sudahkah anda menunaikan solat? Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Riwayat Thabrani)
Solat sebenarnya ibadat paling agung yang dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah, sebagaimana dijelaskan dalam Surah Thaaha, ayat 14, bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
Marilah kita bersama-sama menjaga solat 5 waktu yang wajib ke atas diri setiap umat Islam. Ingatlah bahawa solat merupakan rukun Islam yang kedua menunjukkan betapa tinggi kedudukannya.
Recent Comments