Bismillah! Itu lah kalimah pertama dibaca ketika dia mula memegang kepala untuk menggunting rambut. Subhanallah! Akhirnya ketemu jua seorang insan yang memberi khidmat dengan dimulai dengan kalimah suci ini. Segalanya bermula apabila saya ingin menggunting rambut yang sudah agak tebal. Kali ini saya berazam ingin mencari seorang Muslim untuk menjalankan urusan ini dan saya pergi ke kedai seorang tua di Kampung Sri Delima yang saya ketahui. Apabila tiba di kedai gunting beliau saya dapati kedainya sudah tidak beroperasi. Sudah agak lama tidak datang ke sana, mungkin juga orang tua itu sudah tiada lagi. Maka saya meneruskan usaha mencari di lot kedai bersebelahan Masjid Al-Firdaus tetapi tidak ada kedai gunting di sana. Ketika keluar dan menghala ke jalan besar saya ternampak sebuah kedai gunting di tepi jalan lalu saya pun berhenti di situ.Alhamdulillah, kedai ini sudah dibuka. Sebaik saya masuk terus disapa dengan ucapan salam. Kemesraan si tukang gunting dapat dirasakan sekalipun dia bukan warga tempatan. Ini lah sedikit usaha untuk memajukan lagi perniagaan seorang Muslim yang lain. Insyaallah.
Sempena menyambut Maulidur Rasul kali ini saya bawakan terjemahan ayat 56 dari Surah Al Ahzab sebagai renungan.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
via iQuran
Sesungguhnya kita sentiasa berselawat ke atas Nabi saw tanpa kita sedari iaitu pada setiap waktu kita bersolat. Tapi alangkah lebih baik jika kita dapat berselawat juga di luar solat?
Kecintaan kita kepada Nabi Muhammad saw dapat kita tunjukkan dengan kita mengamalkan sunnahnya. Sudahkah kita amalkan? Sama-sama kita berusaha untuk istiqamah dengan sunnah Nabi saw sekalipun ia cuma membaca bismllah ketika hendak mula makan.
Kerinduan terhadap manusia agung ini semakin kuat dan saya berharap dan berdoa agar dapat dipertemukan dengan beliau dihari akhir nanti.
Mohammad Hasni Ibrahim
Sent from my mobile device
Petang tadi terlihat suatu keadaan yang mengguris perasaan. Ia berlaku di Masjid Abu Bakar Bangsar selepas solat Asar. Benarlah kata seorang ustaz untuk mencari orang baik pergilah ke masjid tetapi belum tentu semua yang ke masjid adalah baik.
Seorang OKU yang berkerusi roda menahan teksi yang keluar dari masjid mungkin kerana dia ingin pergi ke suatu tempat. Malangnya teksi-teksi yang dipandu oleh hamba-hamba Allah yang baru sahaja selesai bersolat Asar tidak memperdulikan OKU ini. Tidak ada yang berhenti walau sekadar bertanya ke mana arah tujunya.
Alangkah pelik sikap manusia. Di mana letaknya hati mereka? Adakah kerana dia seorang OKU maka dia tidak berhak diberi perkhidmatan yang serupa dengan orang lain?
Mungkin mereka terlupa bahawa Allah telah berfirman dalam Surah Luqman ayat 18 yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri".
Semoga kita dipelihara dari melakukan kesombongan terhadap insan lain apatah lagi dengan Allah Yang Maha Esa.
Nota: Bingkisan ini dikarang pada hari Selasa 24 Januari 2012.
Sejak daripada beberapa minggu ini saya menerima berita perjalanan terakhir sanak saudara dan rakan taulan. Malah saban hari kita dikhabarkan dengan berita pemergian insan yang dijemput pulang menemui Penciptanya.
Sesungguhanya itulah bukti akan hadirnya hari yang akhir dan kedatangannya yang tanpa khabar berita.
Apa yang lebih utama ialah kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut lalu menjadikan kita lebih berusaha untuk bersedia. Namun akal dan ilmu kita yang secebis ini tidak mampu melihat jauh lalu kita longlai dalam meningkatkan usaha itu.
Sebagai tambahan kepada tulisan kali ini saya kongsikan hasil puisi dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang saya petik dari buku tulisan beliau bertajuk Di mana Dia di hatiku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pesanku
Marilah kita hidup
Seperti orang yang menanti mati
Kerana ingat mati itu
Akan mengecilkan segala derita
Akan mencairkan segala alpa
Kiranya inilah detik terakhir
Marilah kita mulakan semula
Walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma...
Namun itu lebih bermakna!"
Percayalah...
Orang yang berhak hidup dalam ketenangan
Adalah orang yang sentiasa bersedia menghadapi kematian!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Marilah kita menjadi insan yang berfikir.
Mohammad Hasni Ibrahim
It is silent. No news, no symptoms and nothing that trigger it presence. When you came to know about it, the time to act already too short.
Every now and then we read about people suffering from cancer. My cousin's wife passed away due to breast cancer, an aunt died after fighting with the big C for almost nine years. Today, we were told by the doctor that my mother in law is already at stage 3B.
That is not something that everyone expect when they go and see the doctor. It was shocking at first but we manage to accept that this is a test from Allah towards His servant. As written in the Quran (2:214):
Or do ye think that ye shall enter the Garden (of bliss) without such (trials) as came to those who passed away before you? they encountered suffering and adversity, and were so shaken in spirit that even the Messenger and those of faith who were with him cried: "When (will come) the help of Allah." Ah! Verily, the help of Allah is (always) near!
We are now searching for alternative treatment before proceeding with chemotheraphy. Many articles that I have read suggest we go against chemotherapy. May Allah show us the way and give us His blessing during this journey.
Mohammad Hasni Ibrahim
Sent from my iPad
The new year has arrived.
Let us make it a better year than 2011. In order to do that it require us to change. That is the most difficult part in life to accomplish.
The first thing to do is to check our financial standing before going to the new year. How do we do it? Calculate the total monthly instalments including monthly payments and compare it with our net income.
Knowing our financial standing is important for us to make plans for the activities during the year. If we are in a healthy financial position, then we can plan to improve other things in our life. Else the priority is for us to increase our income and reduce our monthly commitment.
With improve financial standings it will help us to enjoy life and make us a better person.
Live luxury life not living in luxuries.
Mohammad Hasni Ibrahim
1.1.2012
Recent Comments